Sirah Nabi ﷺ — Himpunan Lengkap, Jilid 1: Siri 1–6, Daripada Nasab dan Kelahiran Rasulullah ﷺ hingga Isra’ dan Mikraj serta Bai‘ah al-‘Aqabah, Menurut Al-Qur'an dan Hadith Sahih
Tiga belas tahun di lembah yang tiada tanaman — daripada kelahiran seorang anak yatim hingga malam baginda diperjalankan ke Baitulmaqdis dan dinaikkan ke langit. Siri 1 hingga 6 Sirah Nabi, termasuk Edisi Khas Siri 6, kini dihimpunkan dalam satu eBook, berpandukan Al-Qur'an dan Hadith yang sahih, dengan status setiap kisah masyhur dinyatakan dan kandungan yang boleh diklik terus ke setiap bab.
📖 PDF Percuma📘 + Versi Buku Cetak🕌 Ayat Al-Qur'an📜 Hadith Bersanad🗺️ Peta & Garis Masa
Bahagian 1 — Siri 1: Cahaya di Lembah Makkah — Jazirah Arab sebelum kelahiran, nasab, Tahun Gajah, kelahiran, ibu-ibu susuan dan zaman kanak-kanak baginda.
Bahagian 2 — Siri 2: Al-Amin di Tengah Kaumnya — zaman remaja, Hilf al-Fudul, berdagang, perkahwinan dengan Khadijah dan pembinaan semula Kaabah.
Bahagian 3 — Siri 3: Ketika Wahyu Turun — Gua Hira’, wahyu pertama, Waraqah bin Naufal dan dakwah secara rahsia.
Bahagian 4 — Siri 4: Seruan di Bukit Safa — dakwah secara terbuka, penentangan Quraisy, penyeksaan para sahabat dan hijrah ke Habsyah.
Bahagian 5 — Siri 5: Tahun Kesedihan — pemulauan Bani Hasyim, pemergian Abu Talib dan Khadijah, dan perjalanan ke Ta’if.
Bahagian 6 — Siri 6: Isra’ dan Mikraj — perjalanan ke Baitulmaqdis dan tujuh langit, pensyariatan solat, dan Bai‘ah al-‘Aqabah.
Bahagian 7 — Siri 6 (Edisi Khas): Kisah-kisah Sepanjang Isra’ dan Mikraj — setiap peristiwa pada malam agung itu, antara riwayat sahih dan kisah masyhur.
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).”
Surah Al-‘Alaq (96): 1 — terjemahan Abdullah Muhammad Basmeih
🌿 Renungan
Selama tiga belas tahun di Makkah, Rasulullah ﷺ berdakwah dengan sabar walaupun ditentang, dipulau dan disakiti. Setiap ujian itu membina asas iman para sahabat — dan mengajar kita bahawa kemenangan bermula dengan keteguhan.
eBook Ini Sesuai Untuk
Sesiapa yang ingin mengenali Rasulullah ﷺ
Ibu bapa & ketua keluarga
Pelajar & penuntut ilmu sirah
Pendakwah, guru & kaunselor
Baca Selengkapnya — Percuma
Jilid 1 Sirah Nabi dalam satu eBook — tujuh Bahagian (Siri 1–6 dan Edisi Khas), dengan Kandungan yang boleh diklik terus ke setiap bab, ayat Al-Qur'an dengan pautan, Hadith bersanad yang dipautkan ke sunnah.com, peta, rajah, garis masa dan rujukan bagi setiap siri.
Mahu memegang buku ini di tangan? Cetak dan jilid sendiri — di kedai cetak atau di rumah. Saiz A4, penuh warna, 424 muka surat, dengan kod QR ke laman web ini. Mula dengan Panduan Mencetak.
Kulit kedai cetak: satu helai penuh (depan, tulang belakang 21.8 mm, belakang) untuk jilid gam. Kulit rumah: dua helai A4 untuk jilid gelong. Buku ini PERCUMA untuk umat Islam — dilarang dijual.
Tiada kedai cetak berdekatan, atau mahu buku berkulit keras yang kemas? Hubungi pencetak di Pasir Mas, Kelantan ini untuk sebut harga.
💰 Sebut harga cetakan: sila hubungi pencetak dengan menyatakan tajuk buku, A4, 424 muka surat, warna penuh, jenis kulit dan bilangan naskhah. Ini kos cetakan, bukan harga buku. Buku ini tetap PERCUMA.
E-mel: nurtijarisdnbhd@gmail.com Untuk makluman dan ketelusan, pencetak ini milik ahli keluarga penulis. Anda bebas mencetak di mana-mana kedai cetak pilihan anda.