Qur'anScience
← Semua eBook
Ayam bertelur sebiji, riuh sekampung; penyu bertelur beratus-ratus, senyap. Siri pertama Adat Bersendi Syarak ini menimbang lima peribahasa Melayu tentang penyakit suka dipuji dan riyak dengan neraca Al-Qur’an dan Hadith sahih. Ditulis oleh Hj Che Alim Hj Che Haron AK (Kelantan).
“Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun…”
Pesara & warga emas
Ibu bapa & orang dewasa bekerja
Belia & penuntut ilmu
Pendakwah & kaunselor
Lima peribahasa dalam kotak berwarna dengan maknanya daripada PRPM Dewan Bahasa dan Pustaka, 7 ayat Al-Qur’an, 8 Hadith beserta sanad yang dipautkan ke sunnah.com, jadual ringkasan dan pengajaran — dalam 27 muka surat.
Mahu memegang buku ini di tangan? Cetak dan jilid sendiri — di kedai cetak atau di rumah. Saiz A4, penuh warna, 26 muka surat, dengan kod QR ke laman web ini. Mula dengan Panduan Mencetak.
Pilih kulit:
Kulit kedai cetak: satu helai penuh (depan, tulang belakang 1.4 mm, belakang). Kulit rumah: dua helai A4 untuk jilid gelong.
Buku ini PERCUMA untuk umat Islam — dilarang dijual.
Tiada kedai cetak berdekatan, atau mahu buku berkulit keras yang kemas? Hubungi pencetak di Pasir Mas, Kelantan ini untuk sebut harga.
E-mel: nurtijarisdnbhd@gmail.com
Untuk makluman dan ketelusan, pencetak ini milik ahli keluarga penulis. Anda bebas mencetak di mana-mana kedai cetak pilihan anda.